Thursday, October 23, 2014

Pesanan Saya Kepada Pengkritik Program Menyentuh Anjing

Dalam beberapa hari ini, terdapat tanpa henti kritikan dan tuduhan yang dilemparkan kepada pihak penganjur program ‘I Want to Touch A Dog’(Saya Ingin Menyentuh Anjing). Antaranya termasuk kritikan bahawa perbuatan menyentuh anjing tanpa keperluan adalah haram mengikut ajaran agam Islam, tuduhan bahawa penganjur tidak mendapat kebenaran sepenuhnya dari MAIS, bahawa program itu adalah cubaan menghina ulama Islam, namun ada juga yang menuduh Ustaz Mohd Iqbal yang hadir di program itu merupakan seorang Kristian yang melamar sebagai ustaz. En. Syed Azmi, penganjur program ini telah menerima banyak mesej kebencian, akibat dari orang yang tidak bertanggungjawab berkongsi nombor telefon peribadinya di internet dan menyarankan orang Melayu untuk menegur Syed Azmi atas perbuatannya. Terdapat juga mereka yang membangkitkan kebimbangan bahawa acara itu akan menyebabkan umat Islam untuk menikmati ajaran sesat lain. 


Sebaliknya, terdapat juga umat Islam yang menyokong Syed Azmi, mamahami bahawa niatnya mengajur program ini adalah baik, dan menerangkan bahawa umat Islam yang menyentuh anjing tidak berdosa jika mereka melakukan ritual perbersihan ‘sertu’ yang sesuai.

Sesiapa yang betul atau salah dalam pemahaman ajaran agamanya? Memang saya bukan berhak membuat kesimpulannya, atas sebab saya bukan penganut Islam dan juga rasa bingung terhadap perbezaan pendapat di kalangan umat Islam. Tetapi sebagai salah satu peserta yang telah membawa dua anjing kesayangan saya kepada program menyentuh anjing itu, saya menulis ini untuk menolong pengkritik sedar bahawa walaupun kamu percaya acara ini tidak sesuai dengan ajaran Islam, program ini telah juga menjadi ruang untuk perkara positif juga. Sebagai pengikut agama yang diakui sebagai indah dan damai, adakah adil untuk memfokus hanya kepada perkara yang dianggap negatif dan bertentangan dengan ajaran agama, tetapi tidak menerima hasil positif daripada program itu yang mengalakkan perdamaian dan kasih sayang, yang saya tahu, juga merupakan ajaran agama Islam? Jika anda bersetuju, sila membaca penjelasan saya.

Pemerhatian saya yang paling bagus tentang apa yang berlaku semasa program ini adalah ia mewujudkan peluang untuk orang Malaysia dari pelbagai kaum untuk bergaul dan meningkat persefahaman antara satu sama lain. Mereka yang beragama bukan Islam telah berpeluang untuk mendengar dari Ustaz Mohd Iqbal tentang ajaran Islam terhadap anjing. Jurulatih sertu juga hadir untuk mengajar cara yang betul untuk melakukan ritual pembersihan sertu, dan saya merupakan salah seorang daripada ramai peserta bukan Islam peserta yang sengaja memerhatikan umat Islam melakukan sertu hanya kerana saya ingin tahu. Terdapat pula beberapa orang Cina dan India yang membantu dalam upacara dengan menuangkan air bagi orang Melayu untuk mencuci tangan mereka. Jelas bahawa program ini telah menolong kita yang bukan beragama Islam untuk berpeluang memahami lebih tentang ‘sertu’ dan ajaran Islam tentang anjing.



Pengkritik boleh berhujah bahawa rakyat berbilang kaum juga dapat berinteraksi di acara-acara yang tidak melibatkan anjing. Memang benar, tetapi tolong tanya diri sendiri, adakah selalunya mudah adalah untuk kita bercakap dengan orang yang tidak dikenali, terutamanya kepada orang yang mempunyai budaya yang berbeza? Para pemimpin kita pernah banyak kali mengeluh tentang kekurangan integrasi kaum di Malaysia. Dalam realiti, sememangnya sifat manusia untuk lebih selesa berinteraksi dengan orang yang berbudaya serupa dengan mereka. Namun semasa program ini, anjing-anjing mewujudkan topik perbincangan yang mudah. Beberapa orang Melayu yang hadir selalunya rasa takut kepada anjing, tetapi mereka ingin tahu bagaimana untuk mengurangkan ketakutan itu. Maka mereka bertanya kepada pemilik anjing banyak soalan, dan saya gembira untuk mencerita tentang pengalaman saya sendiri tentang bagaimana untuk menangani anjing agresif. Salah satu daripada anjing kesayangan saya yang saya dibawa ke program itu juga takut menggigil dengan ekornya di antara kaki belakangnya. Apabila beberapa peserta Melayu perasan kondisi anjing saya, saya menjelaskan kepada mereka bahawa bukan sahaja ada orang yang takut anjing, tetapi terdapat juga anjing yang sangat takut dengan orang! Kami tertawa dan bercanda tentang hal itu, dan bukan hanya kita, namun suasana acara pada keseluruhannya memang ceria, dan ia memang menggembirakan untuk melihat orang dari pelbagai kaum dan agama berinteraksi secara bebas dan bersuka hati.
Satu lagi kesan positif dari acara ini ialah dengan mengajar rakan-rakan Islam kita cara yang betul untuk berinteraksi dengan anjing dan menunjukkan bahawa kebanyakan anjing tidak agresif, ini membantu untuk mengurangkan rasa takut kepada anjing yang kadang-kala mengakibatkan orang menderitakan anjing. Ini adalah penting, terutamanya kerana terdapat banyak kes-kes anjing di Malaysia didera atau dibunuh, bukan kerana anjing itu agresif, tetapi hanya kerana ketakutan orang yang tidak berkeperimanusiaan terhadap anjing. Contohnya, kes anjing yang dinamakan Brianna yang dipanah mati oleh seorang lelaki, kerana dia takut dengan Brianna yang hanya duduk di luar rumahnya. Terdapat juga kes keracunan sekumpulan anjing di tempat letak kereta Bukit Bintang yang selama itu tidak agresif… dan ada berbagai-bagai kes kekejaman lagi. Saya juga mempunyai pengalaman dengan beberapa orang Melayu yang telah cuba untuk melukai anjing-anjing saya, termasuk seseorang yang melemparkan batu ke dalam kawasan rumah saya kerana anjing saya menyalak padanya! Tetapi saya percaya tingkah laku orang sebegini yang hanya tahu berkejam dengan anjing itu hanya kerana ketakutan dan kekurangan pemahaman terhadap perilaku anjing, bukan kerana Islam menggalakkan kekerasan terhadap anjing kerana saya pernah mendengar dan membaca penjelasan ramai umat Islam bahawa kekejaman terhadap anjing tidak selaras dengan ajaran Islam. 

Pengkritik akan berhujah bahawa seseorang itu tidak perlu menyentuh anjing untuk mengurangkan ketakutan mereka terhadap aning. Namun, ramai kawan-kawan Melayu kita yang hadir pada hari program itu bersetuju bahawa peluang untuk berinteraksi dan menyentuh anjing telah banyak membantu untuk mengurangkan ketakutan mereka terhadap binatang ini. Secara logic, ia masuk akal bahawa orang yang lebih berinteraksi dengan sesuatu yang membuat mereka takut, interaksi itu dapat menolong mengurangkan rasa takut itu. Saya seorang yang langsung tidak ketakutan terhadap anjing, bahkan yang agresif, atas sebab saya telah membesar dengan mereka seluruh kehidupan saya. Namun saya mempunyai saudara mara Cina yang takut anjing, kerana mereka tidak pernah memelihara anjing, dan hasilnya mereka takut hanya kerana kurang pengalaman berinteraksi dan memahami perilaku anjing. 

Saya juga mempunyai permintaan untuk pemimpin agama Islam yang takut lebih orang Melayu akan digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti haram yang lain selepas acara ini. Adakah anda tidak menyedari bahawa kritikan tegas anda terhadap umat Islam yang menyentuh anjing mungkin membuat beberapa orang Islam berfikir ia adalah digalakkan untuk melakukan kekejaman terhadap anjing? Dari apa yang saya telah membaca tentang ajaran Islam dari umat Islam, Islam mengajar bahawa penderaan haiwan juga dilarang. Jika ini benar, maka itu juga penting untuk mengeluarkan satu kenyataan untuk mengingatkan umat Islam bahawa penderaan haiwan, termasuk anjing, juga dilarang bagi penjagaan akhlak mereka. Pertimbangan anda ke atas permintaanku dihargai, kerana sama seperti yang anda takut umat Islam terlibat dalam aktiviti yang haram, kami pemilik anjing juga takut dengan kemungkinan peningkatan kekejaman terhadap anjing, termasuk haiwan kesayangan kita.

Soalan terakhir saya kepada pengkritik, terutamanya mereka yang pergi setakat menelepon atau hantar mesej mengutuk pihak penganjur atau menyebarkannya fitnah terhadapnya, apakah kebaikan yang diperolehi oleh kamu dengan perbuatan mengutuk dan memfitnah tak terhenti-henti? Pada halnya, penganjur sesama mereka yang hadir pada program itu, termasuk yang Islam dan bukan Islam, telah memperolehi manfaat yang baik daripada pengalaman itu. Berbuka hatilah dan cuba menghargai kebaikan yang dihasilkan daripada program ini yang telah menolong meningkatkan persefahaman antara orang pelbagai kaum serta antara orang dan anjing!

Kepada Syed Azmi, penganjur, dan rakan-rakan Melayu yang hadir pada hari itu, saya dan pecinta anjing yang lain sangat bersyukur kerana keterbukaan anda untuk mengatur atau hadir ke acara ini dan menjadikan ia satu kejayaan yang tidak dijangkai. Saya hanya berharap bahawa anda tidak perlu lagi berasa bersalah atau menghadapi kritikan atau hukuman daripada orang lain hanya atas sebab menunjukkan kasih saying kepada anjing. Reaksi yang begitu tidak masuk akal, manakala mereka yang menunjukkan kekejaman terhadap anjing atau menyebarkan fitnah tidak menerima padahnya walaupun sebanyak ketahuan saya, kekejaman dan fitnah juga bukan ajaran Islam. Kami menyokong anda, kalau Tuhan itu memang adil dan baik, Dia memang akan membalas kebaikan yang anda menunjukkan kepada ciptaan-Nya. Terima kasih!


Share/Bookmark

Monday, October 20, 2014

Breaking barriers to canine appreciation

Today was probably one of the most interesting milestones for animal lovers in Malaysia, as Malaysians from all walks of life came together at One Utama  for the "I Want to Touch a Dog" event. What's most interesting about this event , and personally make me really interested to go, was that it was founded by a Muslim man who love animals but has a fear of dogs and wanted an avenue to overcome that fear. Of course, it does not help that there is a lot of stigma among Muslims about touching dogs in Malaysia due to their religious beliefs , which has led to many Malay Muslims avoiding dogs, not because they don't like the animal, but because they are afraid of being labeled as social outcasts by their fellow Muslim friends and family.

Personally, I've also had negative experiences with some people, mostly Malays but also non-Malays, who did not like dogs and even tried to abuse my dogs. I believe that this is due to lack of education and awareness on what their religion actually teaches them about dogs. So I thought this was a great event to help educate people to appreciate dogs instead of fearing or abusing them.

To me, the biggest beauty of this event was being able to watch Muslims have a chance to come and enjoy being with their canine friends without any fear of being judged or reprimanded. And another wonderful thing was being knowing everyone there, irregardless of race and religion, was united in a single passion, i.e. Love for dogs,  and everyone was really enjoying themselves, mingling and getting to know each other. This is especially heart warming considering that there have been a lot of racial and religious issues brought up the local news lately, which is quite depressing. Reading Malaysian news these days could make one thing that there's a lot of racial division in the country, but this is a van with a reminder that Malaysians are actually still a pretty harmonious bunch.

I'm really thankful to the organiser for coming up with this idea. Hopefully it'll happen more often in the future so that future generations can continue to be educated on how to handle dogs with love and kindness.

So enough blabbering, here are more pictures from the event!

Here were some of the good looking furkids that came.


The Muslims cleansing themselves after touching the dogs, in accordance with the Muslim cleansing ritual called 'sertu', with a 'sertu' coach guiding them.



Posted via Blogaway


Posted via Blogaway


Share/Bookmark